Rancangan Pelajaran Harian Matematik Tahun 2


Rancangan Pelajaran Harian

Mata Pelajaran: Matematik.
Kelas: 2 JAYA
Masa: 8.45 – 9.45 pagi
Tajuk: Darab 2, 3, 4 dan 5.
Bilangan Murid: 35 orang

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:-   
Mendarab nombor dan mengetahui bahawa hasil darab adalah penambahan nombor secara berulang dan menulis ayat matematik untuk
pendaraban.  

Objektif:
1) Murid dapat mendarab serta menambah secara berulang (2, 3, 4 dan 5)
2) Murid dapatmenukar dan menulis ayat matematik penambahan berulang-ulang kepada ayat matematik pendaraban

BBM: Bahan maujud, gambar flash kad, pembilang,video


Aktiviti Pengajaran:

Set Induksi   
1. Guru meminta murid melihat dan mendengar video sifir dalam blog yang ditunjukkan.
2. Guru meminta murid menyanyi bersama dengan mengulang semua video tersebut.
3. Guru menyoal     
a) sifir apakah yang kamu nyanyikan tadi?           
b) pernahkah kamu dengar lagu sifir ni?           
c) apakah maksud darab?

Langkah 1
1.Guru menunjukkan gambar belon di dalam blog (gambar belon dalam kumpulan dua-dua).
2.Guru menyoal murid berapakah bilangan belon dalam kumpulan itu?
3.Guru meminta semua murid mengisi dan menulis bilangan belon dalam petak yang disediakan dalam  blog, kemudian menjumlahkannya.
4. Hasil penambahan berulang guru membimbing murid menulis ayat matematik dalam bentuk darab ke dalam petak yang disediakan seperti blog.
5.Guru meminta murid mencuba beberapa contoh yang lain yang terdapat dalam blog.


Langkah 2

1. Murid disuruh memadankan kumpulan pembilang dua-dua dengan kad bergambar dan kad nombor seperti berikut:    
 
       
Ayat matematik dalam bentuk penambahan berulang :                 

2 + 2 + 2 =  6

dan

Ayat matematik dalam bentuk Pendaraban :                                    

3 X 2 = 6


2. Murid diminta mengira bilangan jumlah gula-gula ke dalam petak yang terdapat di dalam blog.
3. Murid diminta melengkap ayat matematik dengan penambahan berulang dan ayat matematik dalam bentuk pendaraban.
4. Guru mengulangi semula langkah tadi dengan kumpulan pembilang tiga-tiga, empat-empat, lima-lima dan sepuluh-sepuluh.


Langkah 3

1.    Seterusnya guru menunjukkan operasi penambahan berulang menggunakan garis nombor seperti didalam blog:


numberline-jumps-1.gif



2.    Kemudian guru membimbing murid untuk menulis ayat matematik dengan penambahan berulang berpandukan garis nombor dalam blog.
                        
       2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10

3.    Guru menyoal murid bagaimana hendak menulis ayat matematik bagi operasi darab pula. Murid akan menyatakan bahawa 5 X 2 = 6 adalah ayat matematik pendaraban

4.    Guru mengulangi kaedah yang sama dengan menggunakan garis nombor yang lain iaitu dengan penambahan berulang tiga-tiga, empat-empat, lima-lima dan lain-lain lagi.

5. Murid diminta menjawab kuiz dalam blog.



Penutup:
1. Guru menguji murid dengan menanya murid kalau 5 X 2 = 10, bagaimana cara menulis penambahan berulang dalam bentuk ayat matematik .

    Jawapan murid :           ayat matematik    2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10

2. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid. 


Refleksi:
Ahmad dan Fatimah tidak dapat menyelesaikan operasi darab  dengan betul. Ravi dan Tina dapat menyelesaikan operasi tambah tetapi agak lambat.

<< Kembali